Friday, October 2, 2009

Majlis Sambutan Raya & Merdeka 2009

Pada hari Ahad lepas 27 September 2009 (8 Syawal 1430 H) bermula jam 2 petang, satu majlis bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri dan juga Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-52 telah diadakan di rumah Pak Herman dan Kak Siti di Nivå (disebut secara bakunya, Ni-vo), Denmark. Semua yang dijemput adalah rakan-rakan rakyat Malaysia di sini dan juga kenalan-kenalan lain daripada Singapura dan juga Indonesia. Sambutan Merdeka tersebut diadakan sekali kerana tarikh 31 Ogos pada tahun ini yang jatuh pada bulan Ramadhan, kira belated merdeka la.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku beramai-ramai dan majlis memotong kek Merdeka yang ditempah khas siap dengan hiasan bendera Malaysia. Setelah itu semua tetamu dijemput makan. Ada pelbagai juadah yang disediakan seperti lemang berserta serunding, nasi minyak (ke beriani ? hehe), kek pelbagai jenis, beraneka kuih-muih, buah-buahan dan macam-macam lagi la. Memang sedap semuanya, makin naik la berat aku huhu. Tapi ketupat daun palas takde la pula hehe. Sambil-sambil makan tu ada juga acara sukaneka untuk kanak-kanak dan juga karaoke. Boleh tahan juga Pak Herman berkaraoke hehe. Yang lain mungkin ade bakat tapi masih malu-malu kot atau memang takde bakat macam saya ni huhu. Majlis ni memang setiap tahun diadakan dan ini merupakan kali pertama bagi kami. Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur (saudara Fauzi terutamanya) dan juga tuan rumah (Pak Herman & Kak Siti) kerana bertungkus-lumus menjemput tetamu dan menganjurkan majlis yang meriah serta penting ini. Penting sebab dapat dapat merapatkan silaturrahim serta menanamkan semangat cintakan Malaysia walaupun berada jauh daripada tanahair. Semoga dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang pula.

Nota: Kami ada rakam majlis ni melalui video cam, nanti bila dah siap edit semua saya akan paparkan di dalam blog ni. Ni bagi yang berminat nak tengok suasana di sini jela.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...