Saturday, April 24, 2010

Perihal 'Study'...

Hari ini genap 3 minggu blog ni tidak dikemaskini. Memang langsung tiada semangat nak tulis blog. Bukan apa, cuma fikiran ini banyak tertumpu kepada study dan ditambah pula dengan masa yang semakin lama semakin suntuk. Pertengahan bulan Mei depan saya dijangka akan menyertai persidangan PPEPPD 2010 di Suzhou, China dan minggu depan, 30 April merupakan tarikh akhir untuk menghantar manuskrip. Sebelum tu, kenalah diluluskan oleh para penyelia dulu. Paling kurang 2 minggu sebelum tarikh akhir dah kena penyelia baca dan komen dulu. Tapi baru semalam saya berjaya hantar draf pertama kepada penyelia. Sebelum tu dah kena sound la dengan penyelia sebab lambat beri draf hoho. Apa boleh buat, results yang sedia ada kurang memuaskan, maka di saat-saat akhir pun masih pulun lagi demi mendapatkan keputusan yang lebih baik sehinggakan hari minggu pun kena pergi sekolah huhu. Tapi setelah hantar draf pertama semalam tu rasa lega la sikit. Dahla malam sebelum tu tidur 2 jam lebih je.

Maka hari ni saya mengambil keputusan untuk berehat sepuasnya dengan keluarga hehe dan hati pun terbukalah nak kemaskini blog ni. Dalam sibuk dengan pengajian ni pula ada juga perkara lain yang nak perlu diuruskan bulan ni. Yang ini akan saya ceritakan dalam entri yang lain pula. Apapun semoga saya dapat melalui hari-hari dalam minggu hadapan dengan lancar dengan pembetulan-pembetulan yang bakal perlu saya buat selepas penyelia menyemak draf pertama manuskrip tu. Pasti penuhlah contengan di atas draf manuskrip tu hehe. Seterusnya berjaya menghantar manuskrip tersebut pada masa yang ditetapkan. Maka lepas tu bolehla fikir pasal seronok dapat ke China dan pulang ke tanahair seketika. Betul kata orang, kita usaha sungguh-sungguh dahulu, setelah itu baru ganjaran tu kita dapat. Work hard pays off kata Mat Saleh hehe.
Bercerita mengenai study ni, kira dah masuk tahun kedua dah saya sekarang ni. Jika sebelum ni saya ada bercerita mengenai setahun kehidupan di Denmark, kali ni saya nak kongsi sedikit mengenai setahun study di Denmark (DTU). Pada pendapat saya, sudah tentu ada sebab mengapa kerajaan membelanjakan wang yang banyak untuk memberi peluang kepada rakyat negara kita untuk belajar di luar negara. Antaranya ialah kerana kelainannya dengan universiti di dalam negara. Apa yang lainnya?. Yang pertama adalah negara tempat belajar itu adalah negara yang asing bagi kita. Bila asing, maka kita akan belajar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan, cuaca, budaya, bahasa di negara ini yang tentunya asing bagi kita. Itu yang saya dapat rasa setelah setahun di sini. Maka insyaAllah bila balik nanti bolehlah kot sesuaikan diri dengan apa jua keadaan dan cabaran di sana.

Selain itu, yang saya nampak adalah kita dapat bekerja dengan orang yang pakar dalam bidang diceburi selain mudah membuat jaringan dengan pakar-pakar lain dalam bidang berkenaan. Sebab itulah contohnya seperti saya yang ingin menyambung pengajian PhD di luar negara perlu mencari penyelia bertaraf Professor atau yang pakar dalam bidang yang diceburi. Secara peribadi pun saya nampak penyelia-penyelia saya ni memang pakar dalam bidang mereka. Mereka banyak idea dan mudah untuk memberi komen dan cadangan setiap kali saya berjumpa mereka. Di sini saya perlu berjumpa mereka seminggu sekali. Memang penat nak kena jumpa tiap-tiap minggu terutama dari segi mental hehe. Tapi paling kurang mereka dapat memberi panduan dan nasihat dengan lebih kerap. Setakat ni rasanya saya berpuas hati dengan suasana kerja di sini dengan bagaimana ilmu/progress kerja itu dikongsi melalui seminar serta komen-komen yang diberi untuk memperbaiki, rakan-rakan sekerja yang sudi membantu sekiranya ada masalah, kerjasama dan jaringan yang banyak dengan pakar dan penyelidik dari universiti luar, hubungan dengan industri dan lain-lain. Rasanya ada banyak yang boleh dicontohi dan diaplikasikan di Malaysia.

Apapun bukan mudah untuk melalui liku-liku dan cabaran dalam menjalankan penyelidikan di sini. Pendek kata, bukan mudah untuk mendapatkan PhD. Kena ada semangat yang sentiasa kuat, ilmu asas yang kukuh, pengurusan masa yang baik dan banyak lagi yang bukan senang nak dikekalkan. Namun, semoga saya dapat lalui 2 tahun lagi ni dengan lebih baik dan menggunakan masa yang ada dengan sebaik-baiknya.

2 comments:

  1. setuju dgn apa yg azizul dah tulis tu. satu lg tambahan bg saya, belajar di kejauhan ni membina sahsiah diri. segala2 nya kena independent, nak byk hidup dlm keadaan susah dan sederhana. ni saya berckp melalui pengalaman sendiri. mmg saya ni manja rupanya di msia, ke mana2 nak drive aje, sini kereta pon x de kena jln kaki. kat msia suka mkn luar sbb malas masak, sini selagi bole bgn drpd katil (x sakit), kena gagahkan jua masak. kat msia saya tinggal dkt dgn parents, so sket2 lepak umah diorg, mintak tolong diorg, sini apa pon saya kena buat sendiri lah, including jaga anak xde sapa dah bole tolong. byk lg cth nya, tp x nak conquer blog azizul hehe. tp biasa la, anggap semua ni cabaran. what doesn't kill u makes u stronger. smg lps ni bila balik msia tidak la pula kita lupa 'training' kita di sini :)

    ReplyDelete
  2. salam Oyis, maaf lambat balas hehe..terima kasih sudi kongsi pengalaman..mmg betul apa yang Oyis katakan tu..perkara yg sama juga yg saya alami..di Malaysia tu macam-macam ada..bila dtg sini, macam2 xde baru kita rasa kesusahannya..tp mmg betul, 'training' di sini membuatkan kita lebih kuat dlm pelbagai perkara..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...