Wednesday, March 10, 2010

Cahayamata..

Sebenarnya saya ingin berkongsi sedikit mengenai kehidupan baru saya bersama isteri dengan kehadiran cahayamata kami yang pertama. Sudah hampir 3 minggu Eilman Zulqarnain dilahirkan dan jadual kehidupan kami agak berubah sedikit sejak itu. Nama anak kami dipilih sendiri oleh isteri saya. Eilman bermaksud 'ilmu' manakala Zulqarnain merupakan nama seorang raja yang dikisahkan di dalam Al-Qur'an (Surah Al-Kahfi). Jika dahulu waktu tidur yang berterusan dalam 7-8 jam tanpa gangguan tapi kini kami sering terjaga malam terutamanya isteri saya kerana anak saya 100 % breastfeeding setakat ini. Tambahan pula, anak saya agak sukar untuk tidur dengan lena pada waktu malam. Kata orang mungkin sebab dia lahir tengah malam kot sebab tu malam susah nak tidur. Waktu siang senang pula Eilman tidur tapi ibu dia tak biasa pula tidur siang hehe.

Dalam tempoh 3 minggu ni sahaja saya dah dapat rasa betapa besarnya pengorbanan ibu dan bapa dalam membesarkan anak. Ini baru bab berjaga malam, belum bab lain lagi. Memang ia memerlukan kesabaran yang tinggi. Maka hormatilah ibu bapa anda dengan sebaiknya. Namun tiada masalah bagi saya setakat ini kerana kami telah bersedia dan kami faham bahawa ini adalah amanah yang perlu kami jaga dengan sebaik-baiknya.
Sejak isteri saya bersalin, saya dapat cuti seminggu lebih dan ini memberi peluang untuk saya menyesuaikan diri dengan kehadiran Eilman, selain membantu isteri memasak dan membuat kerja lain. Bagi yang bekerja di Denmark kalau tak silap si suami boleh dapat cuti sehingga 4 bulan ! Tapi kalau di Malaysia kerja kerajaan seminggu jela hehe.

Perasaan sebagai seorang Ayah, setiap kali memandang wajah Eilman hati terasa begitu tenang. Seronok tengok gelagat Eilman, geram pun ada, tak tahu berapa kali sehari saya cium dia hehe. Bila saya tengok Eilman, saya rasa bagaikan ingin memberikan segala yang terbaik buatnya. Semoga Eilman akan membesar menjadi anak yang baik & soleh. Sayang, sayang juga tapi demi untuk mendidiknya kena tegas juga kan. Apa yang penting saya akan cuba didiknya agar tahu menghormati orang lain.
Setakat ini, Alhamdulillah keadaan kesihatan ibu dan anak adalah dalam keadaan yang sangat baik. Dah 2 kali jururawat datang melawat kami di rumah bagi melihat keadaan Eilman dan Ibu dan semuanya dalam keadaan yang baik. Cuma sebelum ini badan Eilman agak kemerahan namun sekarang dah ok. Tadi pula kami bawa Eilman untuk ujian pendengaran dan Alhamdulillah pendengarannya baik.

Sekali lagi kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang datang melawat serta yang memberikan lauk-pauk. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya dengan sebaik-baiknya. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Fauzi & Kak Sue atas kelahiran cahayamata mereka 5 hari selepas Eilman dilahirkan. Ada geng sebaya la nanti Eilman ye.

3 comments:

  1. Betol tu, pengorbanan Ibu & Ayah mmg cukup besar kan. Moga2 kita semua dapat pikul amanah yang Allah dah bagi pada kita..Alhamdulillah, seronok bila tau Wawa & Eilman sihat. Semoga semua sentiasa sihat & happy. Eilman nampak dah besar..cepat ja masa berlalu..ehehe..take care all of you..salam dari kami di Malaysia

    ReplyDelete
  2. Tahniah...Eilman sangat cute,hadiah yang sangat berharga drpd-NYa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...