Friday, June 25, 2010

Eilman Zul @ 4 Bulan

Kini Eilman dah berusia 4 bulan 1 minggu dengan berat 7 kilo lebih dan ketinggian 64 cm. Rasa macam sekejap je masa berlalu. Dalam entri ni, saje nak kongsi perkembangan Eilman sekarang ni. Sekarang ni Eilman suka betul senyum dan ketawa apabila dilayan dan diusik. Seronok betul bila tengok dia senyum dan ketawa. Cuma dia kurang gemar untuk tidur di siang hari. Kalau nak tidur malam pun kena tunggu Ibu atau Ayah dia tidur sekali. Tambahan pula masa Mak Tok & Tok Wan ada dulu, lagi liat la Eilman nak tidur. Mungkin dia tau ada kawan nak bermain dengan dia kot. Sehingga sekarang Eilman masih tidur di katil yang sama dengan kami walaupun kami ada sediakan katil bayi untuknya. Sebabnya setakat ni, dia agak kurang selesa tidur di dalamnya.

Masa dia 3 bulan hari tu, nurse dah bagi 2 suntikan di peha. Demam dan tak bermaya Eilman 1 hari tu, nasib baik esoknnya tu dah sihat kembali. Usia 5 bulan nanti kena lagi satu suntikan. Lagi satu, Eilman suka betul buat bunyi atau mungkin bercakap dalam bahasa dia seolah-olah nak menceritakan sesuatu la pada kita. Buat-buat faham jela haha. Selain tu, ingat dah 4 bulan ni nak bagi Eilman solid food, tapi mengikut nurse di sini, jika dia fully breastfeed (macam Eilman sekarang ni) elok bagi masa usia 6 bulan. Bukan apa, bila kita makan dia asyik tengok je dengan gaya mulut seperti mengunyah-ngunyah, kesian pula tengok hehe. Apapun semoga Eilman terus membesar dengan sihat.

Wednesday, June 23, 2010

A Stroll @ Holte Lake..

Last weekend we went for a stroll near the Holte Lake which is just located near our apartment. I was planning to take some pictures of the lake and to get Eilman to sleep for a while. Its really hard to get Eilman to sleep during daytime, but when we put him into the stroller, suddenly he switched off and sleeps very well hehe. On the other hand, I like to take pictures using my DSLR, but the problem is I haven't learnt the techniques yet like what settings for this kind of view, what settings for other views and at what angle. So, I just take the pictures using normal settings and my instincts and here they are. It is a nice place to take a short stroll but it is not really suitable to have picnics and barbeque here. The path around the lake is full of bushes and small fying insects which is quite annoying for me hehe. But it is worthwhile just to have a short stroll and to take some pictures of the lake. Other activity which is quite fun is that you can feed the ducks and swans around the lake. Maybe we will do that next time because we forgot to bring the breads that day huhu.

Sunday, June 20, 2010

Mak Abah @ Copenhagen

Pada 28 Mei hingga 18 Jun 2010 yang lepas, Mak dan Abah saya telah berkunjung ke Denmark untuk bertemu dengan cucu pertama mereka, Eilman :). Eilman begitu seronok dengan kehadiran Mak Tok dan Tok Wannya. Yela, selama 2 minggu tinggal dengan Ibunya saje tiba-tiba Ayahnya datang dengan Mak Tok dan Tok Wan. Mak Toknya pula suka melayan Eilman setiap hari, kelihatannya sentiasa tersenyum dan ketawa. Semasa isteri saya bersalin tempoh hari mereka tak berkesempatan untuk datang. Setelah 4 bulan barulah mereka berkesempatan untuk ke sini.
Selama Mak dan Abah berada di sini, kami membawa mereka melawat bandar Copenhagen, Amalienborg, Frederiksborg Castle, Nyhavn, Stroget dan pelbagai tempat yang lain. Terima kasih diucapkan buat Mak dan Abah yang sudi melawat saya dan keluarga di sini. Minta maaf atas segala kekurangan dan kesalahan kata semasa berada di sini.

Our 4th Anniversary..

Last 2 weeks (2nd June 2010) was our 4th wedding anniversary. I know it is a bit late to post about it, but I still would like to share it here. The difference with our previous anniversaries is that this time we celebrate it together with our son, Eilman. How time flies so fast, that we have been husband and wife for 4 years now ! I would to thank my wife Wawa for her love and for what she has done for me throughout these years. We did not celebrate with something special but the important thing is that we remember the anniversary hehe. Wish and pray for us happiness always.

Saturday, June 19, 2010

Copenhagen-Shanghai-Kuala Lumpur..

Menjelang penghujung April 2010, saya dah mula sibuk untuk menyiapkan manuskrip untuk dihantar ke persidangan PPEPPD yang akan diadakan di Suzhou, China. Tambahan pula menjelang minit-minit terakhir baru results yang betul-betul memuaskan diperolehi. Penyelia pun selalu bertanya mengenai bila draf pertama akan dihantar kepadanya untuk diperiksa. Setelah pembetulan demi pembetulan, akhirnya manuskrip tersebut telah berjaya dihantar beberapa jam sebelum tarikh/masa terakhir untuk menghantar manuskrip. Tetapi rupa-rupanya tarikh akhir tersebut telah dipanjangkan seminggu lagi huhu. Tapi takpelah, yang penting manuskrip tersebut telah selamat dihantar. Dalam pada nak siapkan manuskrip tu, kena juga hantar dan siapkan poster dan slaid pembentangan untuk CAPEC Annual Meeting. Aduhai, memang penat sampaikan tidur pun kadang-kadang 2-3 jam je.
Jadi pada 16-21 Mei yang lepas saya (isteri dan anak berada di Denmark huhu) telah menghadiri persidangan PPEPPD 2010 di Suzhou, China. Daripada lapangan terbang Shanghai, kami (peserta) dibawa ke Suzhou yang jaraknya lebih kurang 200 km. Ini merupakan negara Asia kedua selepas Singapura yang pernah saya kunjungi. Saya berpeluang melihat keadaan sekeliling Shanghai dan Suzhou daripada perjalanan saya ulang alik antara Shanghai dan Suzhou dan tour yang dibawa oleh pihak penganjur di sekeliling Suzhou. Ternyata segala tulisan yang kelihatan adalah tulisan Cina. Kebanyakan masyarakat tempatan pula tidak tahu atau tidak mahir berbahasa Inggeris. Jadi kalau tersesat di China, ada harapan untuk bertambah sesat hehe. Sehinggakan setiap peserta ada dibekalkan nota dalam bahasa Cina yang menyatakan 'sila hantar saya ke Hotel Dongshan (hotel tempat kami menginap)' untuk diberikan kepada pemandu teksi jika tersesat atau ditinggalkan bas (yang disediakan penganjur) semasa di lapangan terbang.

Di persidangan ini, saya dapat berkenalan dan bertemu dengan ramai penyelidik yang bekerja dalam bidang chemical engineering thermodynamics dan phase equilibria dan juga mendengar pembentangan-pembentangan yang menarik daripada mereka. Tapi tidak banyak penyelidikan yang benar-benar serupa dengan apa yang saya lakukan ketika ini. Namun saya dapat melihat kepelbagaian penyelidikan di dalam bidang PPEPPD ini. Di sana, saya hanya membentangkan sebuah poster. Ada la juga 2-3 orang yang berminat dan bertanya lebih lanjut mengenai projek tersebut. Apapun persidangan seperti ini penting kerana kita dapat mendengar pelbagai komen dan cadangan mengenai projek kita, juga belajar menyampaikan dan juga mempertahankan penyelidikan yang kita jalankan. Melalui persidangan ini juga (special edition), saya berpeluang untuk menghantar satu manuskrip ke sebuah jurnal antarabangsa. Harap-harap jurnal tersebut diterima. Penerbitan jurnal merupakan satu ukuran yang penting bagi sesebuah projek PhD.
Setelah persidangan tersebut tamat, saya mengambil kesempatan untuk pulang ke tanahair setelah setahun lebih merantau ke Denmark. Alang-alang dah dekat, baliklah sekejap untuk recharge semula, lagipun supervisor pun dah bagi greenlight. Cuma yang tak seronoknya saya pulang seorang sahaja, anak dan isteri masih di Denmark. Nak buat macamana, saya hanya boleh pulang 5 hari sahaja sebab ada annual meeting pada 1-3 Jun di Denmark. Sempat jugalah berjumpa beberapa rakan baik dan juga melepaskan rindu dengan makanan-makanan dan suasana di Malaysia. Sebaik sahaja kapal terbang mendarat di bumi Malaysia, terasa begitu seronok. Maklumlah, tak pernah berjauhan dengan negara tercinta ni. Walaupun hanya 5 hari, namun saya merasa puas dapat pulang ke tanahair. Cuma sedih sikit tak dapat bawa keluarga bersama. Sebenarnya Mak dan Abah saya berhajat untuk melihat cucu mereka di Denmark, maka kami merancang untuk sama-sama ke sana.

Maka pada 27 Jun 2010, saya bersama Mak Abah bertolak Denmark. Pulang ke Denmark saya kena bersiap sedia untuk annual meeting pula. Untuk meeting ini, sebagai pelajar di CAPEC saya perlu membentangkan progress terkini projek PhD. Annual meeting ni penting kerana ia merupakan salah satu platform untuk pelbagai penyelidikan di research center ini disampaikan kepada industri yang kebanyakannya merupakan ahli konsortium CAPEC. Pelbagai komen dan cadangan yang membina juga telah saya perolehi semasa program tersebut dijalankan.

Itulah antara aktiviti yang sempat dilakukan dalam tempoh 2 bulan ni. Sepanjang tempoh Mak dan Abah di Denmark, saya lebih suka untuk menghabiskan masa bersama mereka daripada menulis blog. Tambahan pula musim bola World Cup dah bermula sekarang hehe.

Berpindah ke Apartment Baru...

Hmm seperti biasa saya selalu sahaja sukar untuk terus menerus menghantarkan sebarang entri untuk blog ini. Bukan sukar dari segi talian internet tetapi agak sibuk dengan pelajaran/tugas ditambah pula dengan kekurangan semangat (semasa kelapangan) untuk mengemaskini blog ni. Seperti biasa juga saya suka untuk menceritakan atau berkongsi peristiwa menarik/penting yang berlaku sejak entri sebelumnya sehingga sekarang.
Sejak 1 Mei 2010 yang lalu kami sekeluarga telah berpindah ke apartment yang baru di Holte. Sebelum ni, kami tinggal di Lyngby (1 April 2009-30 April 2010). Sebenarnya kami dah perbaharui kontrak apartment di Lyngby tu bermula Februari hingga Disember 2010, tetapi tiba-tiba tuan rumah memberikan notis sebulan kepada kami bermula 1 April 2010 untuk mengosongkan rumah atas sebab-sebab peribadi yang tidak dapat dielakkan. Maka terpaksalah kami mencari rumah baru.

Dengan masa yang ada, agak kelam kabut jugalah nak mencari rumah baru tu. Tapi Alhamdulillah hampir menuju ke hujung bulan semakin banyak pilihan apartment untuk kami pilih dan akhirnya kami memilih untuk tinggal di Holte. Dekat dengan kedai-kedai, bank, pejabat pos, klinik, 9 minit perjalanan ke stesen keretapi, 3 minit ke perhentian bas terdekat dan hanya 15 minit menaiki bas ke universiti. Cuma apartment sebelum ni fully furnished tapi apartment yang ini tidak. Maka kenalah beli perabot dan peralatan yang diperlukan di IKEA. Di sini di IKEA sahajalah antara tempat yang barangnya murah.

Kepada rakan-rakan yang telah membantu kami berpindah tempoh hari, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Tanpa bantuan anda semua, maka agak sukarlah untuk kami berpindah. Terima kasih kepada yang membantu memandu van, mengangkat barang-barang naik turun apartment, menyediakan makanan, membeli barangan di IKEA dan memasangnya dan apa-apa sahaja bantuan yang telah anda berikan. Hanya Allah sahaja yang dapat memberikan ganjaran yang sebaik-baiknya kepada anda semua.

Setelah hampir 2 bulan di Holte, Alhamdulillah kami gembira tinggal di sini. Keadaan di sini juga lebih tenang berbanding di Lyngby yang agak sibuk dan ramai orang. Kepada rakan-rakan di Denmark yang belum singgah lagi tu, jemput bertandang ke rumah kami.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...